Ekonomi Mukaddimah (karya)

Lihat juga: Jurispruden ekonomi Islam

Tugu Ibnu Khaldun di Tunis
Apabila penduduk tamadun bertambah, tenaga kerja bertambah semula. Berikutan itu, kemewahan bertambah semula selari dengan pertambahan keuntungan, dan adat dan keperluan kemewahan bertambah. Ketukangan diwujudkan bagi membuat barang-barang mewah. Nilai yang diperoleh daripada mereka bertambah, dan, hasilnya, keuntungan berganda di bandar-bandar. Pembuatan di sana berkembang lebih daripada sebelumnya. Dan begitulah jadinya hingga ke pertambahan kedua dan ketiga. Kesemua penambahan tenaga kerja melayan kemewahan dan kekayaan, berbanding dengan tenaga kerja asal yang melayan keperluan kehidupan.[11]
Ibnu Khaldun tentang pengembangan ekonomi
Perniagaan yang dimiliki pedagang yang bertanggungjawab dan teratur lambat laun akan melewati perniagaan milik pemerintah kaya.[11]
Ibn Khaldun tentang pengembangan ekonomi dan cita-cita Plato

Ibn Khaldun menulis berkaitan teori ekonomi dan politik dalam Mukaddimah, dan mengaitkan buah pemikirannya tentang asabiyyah dengan pembahagian kerja: bertambahnya kejelekatan sosial, bertambah kompleks pembahagian, bertambahlah pengembangan ekonomi.

Ibn Khaldun memerhatikan bahawa pengembangan dan pembangunan merangsang secara positif kedua-dua permintaan dan penawaran, dan daya permintaan dan penawaran menentukan harga barang.[12] Beliau juga mencatatkan perhatian berkaitan daya makroekonomi pertambahan penduduk, pembangunan modal insan, dan kesan kemajuan teknologi terhadap pembangunan.[13] Ibn Khaldun berpegang bahawa pengembangan penduduk bergantung kepada kekayaan..[14]